PILIHAN RAYAHindaf Tanding Tiga Kerusi Parlimen, Empat DUN Di Selangor

Hindaf Tanding Tiga Kerusi Parlimen, Empat DUN Di Selangor

Hindaf Tanding Tiga Kerusi Parlimen, Empat DUN Di SelangorKLANG: Barisan Bertindak Hindu (Hindraf) pada Ahad mengumumkan akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar berkata calon-calonnya akan bertanding atas tiket bebas dan beliau sendiri akan bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas.

Selain dua kawasan itu, Hindraf merancang untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Kelana Jaya dan kerusi DUN Ijok, Bukit Melawati dan Seri Setia, katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya bilakah beliau akan mengumumkan nama calon-calon lain, Uthayakumar berkata: “Ini adalah ledakan pertama kami, nama calon lain akan diumumkan apabila tiba masanya.”

Uthayakumar berkata Hindraf memilih bertanding di Kota Raja dan Seri Andalas kerana kedua-dua kawasan itu dapat tumpuan lebih masyarakat India.

Beliau berkata Hindraf tiada pilihan tetapi terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana sehingga sekarang tiada berita tentang pengagihan kerusi daripada Pakatan Rakyat untuk Hindraf.

“Kami tiada alternatif, kami mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi tiada apa-apa setakat ini,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami