UtamaNASIONALAMJumlah mangsa banjir di...

Jumlah mangsa banjir di beberapa lagi negeri menurun setakat tengah hari ini - pakdin.my

Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di beberapa negeri yang terjejas terus menunjukkan trend penurunan tengah hari ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus berkurangan tengah hari ini apabila Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan seramai 1,171 orang ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 1,369 individu pagi tadi.

Kesemua mangsa daripada 322 keluarga itu ditempatkan di 30 PPS di daerah Bera, Rompin, Pekan, Maran dan Temerloh.

Selain itu, beberapa jalan masih ditutup antaranya Jalan Bohor Baru dan Jalan Kemayan-Tembangau di Bera, Jalan Ibam-Kampung Aur dan Jalan Kampung Lubuk Batu (Rompin), Jalan Teluk Ganchong Lepar (Pekan) manakala di Maran melibatkan Jalan Serengkam dan Jalan Pekan Sehari Kampung Awah.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 472 individu membabitkan 113 keluarga dengan empat PPS dibuka setakat tengah hari berbanding 506 individu (124 keluarga) pagi tadi.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 451 orang daripada 123 keluarga pada pukul 12 tengah hari ini berbanding 466 orang daripada 128 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 14 kawasan di Jasin.

Di JOHOR, mangsa banjir menurun kepada 4,098 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 4,449 orang pagi tadi dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata penutupan lima PPS di daerah Mersing dan satu PPS yang terakhir di Kluang menjadikan banjir kini hanya melibatkan lima daerah.

Setakat ini di Segamat sebanyak 37 PPS masih beroperasi, Tangkak (18), Muar (lapan), manakala Mersing dan Batu Pahat masing-masing satu.

“Segamat kekal jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,532, Tangkak (874), Muar (620), Batu Pahat (53) dan Mersing (19),” katanya menerusi kenyataan.

Di SABAH, empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu di Pitas dan kesemua 330 mangsa banjir daripada 129 keluarga telah dibenarkan pulang pada 12.30 tengah hari tadi.

Setakat tengah hari ini, seramai 3,417 mangsa daripada 1,224 keluarga masih ditempatkan di 23 PPS yang masih beroperasi di empat daerah yang masih terjejas banjir terletak di utara dan pantai timur negeri itu.

Kota Marudu merekodkan mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 3,136 mangsa daripada 1,161 keluarga di 14 PPS; diikuti Telupid (183 mangsa, 46 keluarga, enam PPS); Paitan (54 mangsa, 10 keluarga, dua PPS); dan Sandakan (45 mangsa, tujuh keluarga, satu PPS).

Di SELANGOR, Info Bencana JKM memaklumkan tiada PPS yang aktif.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kekal ditahap bahaya iaitu pada paras 3.05 meter, manakala Sungai Langat di Bukit Changgang (3.7 meter) dan di JPS Sungai Manggis (2.23 meter) di Kuala Langat di tahap waspada setakat 11.15 pagi tadi.

Sementara Sungai Tengi di Pekan Tanjong Karang, Kuala Selangor (0.35 meter) yang berada di tahap waspada pagi tadi, kembali normal.

BACA juga:

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...