UtamaNAJIB RAZAK‘Saya curi tapi kamu,...

‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC - pakdin.my

Saya dihukum atas dakwaan salah guna kuasa sebab saya terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011.

Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukan kertas kabinet tersebut.

Namun dua lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.

Namun, hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.

Tun Mahathir juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ianya melibatkan orang kuat Tun.

Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, saya juga didakwa dan dihukum sebab saya dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 juta dari SRC dimasukkan dalam akaun saya tanpa pengetahuan saya di mana saya tidak pernah meminta atau mengarahkan.
(Tidak pernah dijelaskan kenapa saya perlu tunggu 4 hingga 5 tahun untuk “mencuri” dana tersebut)

Saya tidak pernah didakwa mencuri atau merompak. Tak sama dengan kes Guan Eng yang didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan – Criminal Misappropriation of property.

Saya didakwa dan dihukum bawah AMLA – iaitu pengubahan wang haram apabila dana yang dikatakan haram keluar dan masuk akaun saya.

Bukan curi dan rompak sebab wang bukannya untuk kegunaan peribadi saya atau keluarga.

Semasa menjatuhkan hukuman, hakim juga kata bahawa dana RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?

Adakah saya memiliki ladang kuda, projek resort tepi pantai, sebahagian kepentingan dalam hotel mewah 5 bintang ataupun syarikat perkhidmatan private jet seperti kamu?

Ataupun adakah anak-anak saya pernah memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Tun?

Saya yang mencuri tapi kamu dan keluarga berbilion-bilion aset pula?

Malah, perbicaraan mahkamah juga telah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta adalah kemasukan dana daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang juga saya telah gunakan untuk kerja CSR dan sedekah.

Kenapa pula saya nak curi RM42 juta sekiranya yang RM642 juta pula yang saya boleh guna bagi peribadi sendiri, saya juga belanja untuk CSR dan sedekah?

Tapi point yang paling penting Tun kali ini ialah: wang didapati masuk ke akaun saya tapi satu sen skandal FOREX pun tidak didapati masuk ke akaun Tun.

Orang yang berniat nak curi tidak akan masukkan dana tersebut ke dalam akaun atas nama sendiri di Malaysia.

Lebih-lebih lagi ialah perbicaraan mahkamah juga membuktikan ianya seorang bekas gabenor BNM yang nasihat saya untuk buka akaun bawah nama sendiri dana.

Ketika akaun dibuka, saya juga arahkan bekas gabenor untuk memantau akaun saya pada tahun 2010 untuk pastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaun saya.

Malangnya, bekas gabenor tidak lakukan itu.

Lagi malang ialah SPRM telah mengesahkan keluarga bekas gabenor tersebut telah lama berususan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.

Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyi oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia – seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021.
https://wacana.my/sprm-sahkan-rm65-juta-dana-1mdb-dipegang-suami-zeti

Namun, hakim sekali lagi tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.

Tun juga senyap dengan pendedahan ini walaupun Tun yang pernah lantik bekas gabenor sebagai seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan (atau lebih dikenali sebagai Majlis orang tua-tua) dan juga pengerusi PNB yang memegang aset bernilai lebih RM340 bilion.

Yang Tun pernah komen cuma:
“Saya tak tahu, saya tak tahu’ – Reaksi Dr Mahathir tentang tuduhan 1MDB terhadap keluarga Zeti”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tak-tahu-saya-tak-tahu-reaksi-dr-mahathir-tentang-tuduhan-1mdb-terhadap-keluarga-zeti-293625

Harap Tun akan memberi komen yang lebih bernas terhadap pendedahan dua individu in.

Tak sama dengan Tommy, saya juga harap Tun akan memberi kerjasama kepada pasukan siastan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan dalam buku Tommy di mana dia mengaku Tun dan Tommy pernah campur tangan dalam lantikan dan pertukaran hakim-hakim.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/480294823461461

Kita balik kepada kes skandal FOREX BNM bernilai RM33 bilion.

Impak pada negara bagi kes ini amat besar sebab nilai RM33 bilion yang dilesap merupakan lebih 22% daripada keseluruhan nilai KDNK Malaysia pada ketika itu.

Ekonomi kita bernilai RM150 bilion pada tahun 1992 tapi RM33 bilion sudah hilang.

Ianya bersamaan dengan kehilangan RM330 bilion hari ini memandangkan nilai KDNK kita hari ini ialah RM1.5 trilion.

Ramai anak muda Malaysia tak sedar tentang kerosakan jangka masa panjang terhadap negara akibat skandal forex masa PM4 ini.

Selain menurunkan rizab asing negara sehingga kita menjadi antara negara sasaran dalam krisis eknomomi Asia tahun 1997, skandal ini juga telah membawa kepada kerosakan Malaysia Airlines (MAS) dan mengakibatkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham Tenaga Nasional dan Telekom.

Pada tahun 1994, BNM yang merupakan pemegang saham terbesar terpaksa menswastakan MAS kepada tangan swasta.

Pembeli MAS sudahpun mendedahkan bahawa ianya PM4 yang suruh dia beli MAS untuk bantu tutup sebahagian wang BNM yang lesap.

“2 Mei 2018: Dakwaan Tajudin Ramli perlu disiasat pihak berkuasa”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/420067/dakwaan-tajudin-ramli-perlu-disiasat-pihak-berkuasa

Sejak itu, MAS sering mengalami kerugian.

Panel Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) juga diberitahu saksi bahawa kementerian kewangan telah memindah milik saham-saham Tenaga dan Telekom kepada BNM pada tahun 1994 supaya rizab BNM tak menjadi negatif dan BNM tak bankrap secara rasmi.

“18 September 2017: Pindah saham senyap-senyap”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/327035/pindah-saham-senyap-senyap

Semasa disoal Panel RCI, PM4 menjawab bahawa dia tak tahu BNM menjalankan aktiviti Forex, dia tak ingat berapa kerugian skandal Forex kerana tiada siapa yang beritahu dia BNM jalankan aktiviti Forex walaupun dia Perdana Menteri dan rizab negara yang hilang sebanyak RM33 bilion merupakan 22% dari jumlah saiz ekonomi negara masa itu.

Kesemua ini terkandung dalam laporan rasmi RCI forex yang telahpun dibentang dalam parlimen pada tahun 2017.

Oleh sebab PM4/7 telah gagal 3 kali dalam mahkamah untuk batalkan laporan RCI, kerajaan PH pun tarik balik laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya diRaja atas syor rasmi RCI supaya pihak polis henti menyiasat dan mengkasifikasikan kes ini sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).

Entah kenapa tiada seorang pemimpin PH pun yang kononnya telus dan ikut “rule of law” pernah bantah langkah Suruhanjaya diRaja tarik balik laporan polis yang disyorkan laporan RCI dan parlimen.

Seolah-olah gelaran “diRaja” tidak bermakna.
“1 Jul 2019: Police report retracted, forex RCI classified as ‘NFA'”
https://www.malaysiakini.com/news/481987

Sehingga kini, tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang dihilang tak pernah dikembalikan.

Langsung tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB yang banyak aset dan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi dibuat masa saya PM agar setiap satu sen yang hilang dari 1MDB sepatutnya dikembalikan sebelum 31 Dec 2020. Malangnya, kerajaan PH telah batalkan perjanjian penyelesaian ini sebaik sehaja mereka jadi kerajaan.

Facebook Najib Razak

https://web.facebook.com/najibrazak/posts/480936883397255

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...