UtamaNASIONALAMMuhyiddin tidak layak lagi...

Muhyiddin tidak layak lagi diberikan jawatan – Nur Jazlan - pakdin.my

Selepas satu persatu episod kegagalan yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin, Nur Jazlan menyatakan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak layak diberi sebarang tanggungjawab atau jawatan lagi.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu berkata, selepas gagal menjalankan amanah sebagai Perdana Menteri kelapan dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin kini terpalit pula dengan isu pelantikan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tambah beliau, sebagai orang penting dalam parti dan kerajaan, Muhyiddin sepatutnya memikul penuh segala kegagalan itu dan bukannya menuding jari kepada orang lain.

“Semasa menjadi Perdana Menteri dan gagal, dia menyalahkan UMNO. Semasa dia meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bersama Pakatan Harapan (PH), dia menyalahkan UMNO. Semasa dia ‘menumbangkan’ Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dia menyalahkan UMNO juga.

“Dalam kes pelantikan (Tan Sri) Azam Baki pun dia menyalahkan orang lain untuk menutup kesalahannya.

“Tindakan mengelakkan tanggungjawab dan menyalahkan orang lain ini memang karakter utama beliau sebagai Perdana Menteri, Presiden Bersatu dan PN yang gagal,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, sekiranya Muhyiddin berjiwa besar, beliau sepatutnya terus meletak jawatan sebagai Pengerusi MPN dan Presiden Bersatu atas kegagalan-kegagalan tersebut.

Menurutnya, jika selama ini Muhyiddin sentiasa mempotretkan diri sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau mesti berundur secara terhormat dan bukan menunggu dijatuhkan.

“Jika dia meletakkan jawatan sekarang ini, saya percaya rakyat akan memuji tindakan berjiwa besar seumpama itu,” ujarnya.

Tambah beliau, dalam keadaan negara yang masih belum stabil dan pulih dari segi ekonomi, pemimpin-pemimpin yang bagus, efektif dan memiliki prestasi kerja cemerlang amat diperlukan.

“Hanya dengan cara ini sahaja baru Malaysia akan melalui proses pemulihan negara secara pantas,” katanya.

Original Article

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026