Anggota polis terbunuh dalam kemalangan di KM 307.1 arah selatan Gopeng – Tapah #pakdin.my

Seorang anggota polis yang menyertai konvoi bermotosikal terbunuh dalam nahas di KM307.1 Arah Selatan (Gopeng – Tapah)

Mangsa, Lans Koperal Mohamad Fasha Ani, 34 bertugas di Balai Polis Kerling, Hulu Selangor dipercayai dalam perjalanan pulang dari menyetai konvoi bermotosikal bersama rakan-rakan dari Kerling.

Kemalangan pada lebih kurang jam 11 pagi (16 Januari 2022) berpunca daripada sebuah kereta Proton Saga yang di percayai terbabas lalu merempuh mangsa yang menunggang di sebelah kiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Maklumat lanjut menyusul.

Berkaitan