Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAMLayanan buruk kepada jemaah...

Layanan buruk kepada jemaah Umrah jalani kuarantin tidak sepatutnya berlaku - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau dengan pendedahan laporan media mengenai beberapa jemaah umrah yang dilayan tidak sewajarnya ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara.

Katanya, situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku apatah lagi mereka ini adalah warga emas yang sudah tentu memerlukan pemantauan yang sewajarnya.

“Kisah layanan buruk dialami seorang jemaah umrah positif COVID-19 berusia 68 tahun semasa menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara suatu perkara yang amat serius.

Jemaah umrah itu mendakwa dia perlu membayar kos bilik hotel sebanyak RM500 sehari dan tidak menerima sebarang rawatan sepanjang menjalani kuarantin di hotel berkenaan.

“Mereka juga tidak dibekalkan dengan sebarang ubat-ubatan walaupun menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia seterusnya mendakwa tidak dapat memasuki Pusat Rawatan dan Kuaratin COVID-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang atau Hospital Sungai Buloh kerana telah penuh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berharap agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat perkara itu dan sekiranya benar tindakan segera perlu diambil untuk memperbetulkan keadaan.

Beliau juga memberi cadangan untuk memperbanyakkan lagi PKRC supaya jemaah umrah mendapat bantuan secukupnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah kerana bimbang ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

“Apa dibimbangi sebenarnya ramai jemaah umrah yang menjalani kuarantin turut berdepan nasib serupa dan itu tidak sepatutnya berlaku kerana amat tidak berperikemanusiaan. Bagaimanapun kita agak keliru dalam hal kos kuarantin jemaah umrah kerana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 4 Januari lalu pernah mengumumkan sebaliknya.

“Menteri ketika itu dilaporkan memaklumkan kerajaan akan menanggung kos kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah.

Ternyata kisah dialami jemaah umrah itu seperti yang dilaporkan oleh pihak media sangat bercanggah berbanding apa yang diumumkan oleh menteri berkenaan sebelum ini.

“Kita bimbang jika rakyat melihat kerajaan seolah-olah akur dengan bantahan seorang aktivis dan juga peguam berhubung kos kuarantin jemaah umrah baru-baru ini. Peguam wanita tersebut mempersoalkan mengapa kerajaan menanggung kos kuarantin jemaah umrah sedangkan jemaah umrah sendiri memilih untuk keluar negara,” ujar beliau.

Terdahulu media melaporkan sepasang suami isteri yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah tertekan malah mendakwa mereka seolah-olah dikurung di sebuah hotel tanpa kesudahan dan dikenakan cas sebanyak RM3,200 untuk kos kuarantin di premis berkenaan.

Original Article

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838