RM700 Juta Untuk Pasang Solar Hibrid Sekolah Luar Bandar Di Sabah - pakdin.my

BELURAN, 21 Mei  — Kerajaan memperuntukkan RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi berkata daripada jumlah itu, RM300 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan bekalan tersebut bagi fasa pertama membabitkan 78 sekolah yang telah siap sepenuhnya.

Katanya RM400 juta lagi bagi pelaksanaan solar hibrid fasa kedua melibatkan 101 sekolah.

“Bagi fasa kedua itu, 64 sekolah sudah dipasang solar hibrid, manakala 18 lagi sedang dalam pelaksanaan.

“Ia membabitkan 13 sekolah di Beluran, tiga (Ranau) dan masing-masing sebuah sekolah di Kota Belud dan Sipitang dengan keseluruhan membabitkan kos sejumlah RM70 juta,” katanya.

UTAMABERITARM700 Juta Untuk Pasang Solar Hibrid Sekolah Luar Bandar Di Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium