[Video] #PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti #pakdin.my

JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian PPBM Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi PPBM Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini.

Bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya juga berpendirian untuk menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor.

“Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor,” katanya.

Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha PPBM Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau.

BACA juga:

Berkaitan