Muhyiddin positif Covid-19 - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Presiden PPBM itu memaklumkan perkara itu di Facebook dan beliau memberitahu, dirinya hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Berikutan itu, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” kata beliau.

BACA juga:

UTAMABERITAAMMuhyiddin positif Covid-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium