NASIONALNAHAS & BENCANALelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik

Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik

GOMBAK: Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam rumah di Kampung Changkat Damai di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.04 pagi.

Katanya, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dan Selayang dikerah ke lokasi.

“Sebaik tiba didapati kebakaran berlaku di bahagian bilik rumah teres dan operasi mengawal serta memadamkan kebakaran segera dilakukan.

“Anggota kemudian menemui mayat lelaki berusia 44 tahun dalam keadaan rentung,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami