UtamaNASIONALBORNEODUN Sarawak lulus pinda...

DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ - pakdin.my

KUCHING: Undian semula terpaksa diadakan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar terma Ketua Menteri kepada ‘Premier’ diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

[email protected]
Pada undian pertama, RUU itu mendapat sokongan 54 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala enam lagi tidak menyokong. Keputusan undian itu dibantah Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) kerana menurutnya, jumlah yang menyokong itu tidak mencapai dua pertiga.

Bantahan Chieng Jen memaksa Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, membuat undian semula sebelum RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan seramai 67 ADUN berbanding enam yang membantah.

Seramai 16 ADUN membahaskan RUU itu, iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong), WilfredYap (GPS-Kota Sentosa), Chieng Jen, Christopher Gira (GPS-Tamin), Fazruddin Abdul Rahman (GPS-Tupong), Baru Bian (PSB-Ba’kelalan), Safiee Ahmad (GPS-Daro).

Lo Khere Chiang (GPS-Batu Kitang), Datuk Gerawat Jala (GPS-Mulu), Datuk Talib Zulpilip (GPS- Jepak), Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus), Chieng Jin Ek (GPS-Bukit Assek), Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB-Bawang Assan) Adam Yii (GPS-Pujut), Violet Yong (DAP-Pending) dan Royston Valentine (GPS-Tellian).

RUU yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan disokong Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin, diluluskan selepas bacaan ketiga.

Abdul Karim dalam pembentangannya berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini mengembalikan semangat asal kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) iaitu apabila Sarawak bersetuju mengambil bahagian dalam pembentukan Malaysia, statusnya sebagai satu daripada tiga wilayah (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan.

Justeru, katanya, ia meletakkan Sarawak sebagai salah satu daripada tiga wilayah dan dianggap statusnya tidak sama dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu.

“Seperti yang diamalkan di wilayah Komanwel lain yang penubuhannya serupa dengan Malaysia termasuk Australia dan Kanada, Ketua Persekutuan disebut sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah yang membentuk Persekutuan pula disebut sebagai ‘Premier’ manakala negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri.

“Oleh itu, untuk menggambarkan dengan betul status Sarawak sebagai berbeza daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan, adalah dicadangkan jawatan Ketua Menteri ditukarkan kepada ‘Premier’,” katanya.

Selain itu, turut dipinda di bawah RUU berkenaan adalah Perkara 7A bagi menggantikan nama jawatan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri.’

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s