#PRNJohor: Pejuang tawar kerajaan penyayang kepada rakyat Johor, kata Mukhriz 😅 - pakdin.my

Parti Pejuang menawarkan sebuah kerajaan penyayang dan komited dalam memenuhi keperluan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, tawaran itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan prihatin dan tidak sibuk bermain politik yang jelas tidak memberi manfaat kepada mereka.

“Tawaran Pejuang (di Johor) ialah sebuah kerajaan penyayang.

“Sebuah kerajaan penyayang bermaksud apa juga keperluan rakyat baik dari sosial, pendidikan dan ekonomi, kita kena betul-betul cari satu penyelesaian yang memberi impak kepada rakyat secara positif,” katanya.

Mukhriz, berkata, antara fokus Pejuang adalah untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Johor yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun dua tahun berturut-turut akibat pandemik Covid-19.

Mengulas berkenaan bertanding solo, tegasnya, tindakan itu bagi mengelakkan Pejuang terpaksa berkompromi dengan parti gabungannya dalam melaksanakan semua janjinya kepada pengundi.

Menurutnya, ia sebagai mengambil iktibar daripada pengalaman berada dalam Bersatu yang tidak dapat menunaikan sepenuhnya janji kerana perbezaan pendapat dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Contohnya di Johor, penting juga untuk sekolah agama kerajaan negeri mendapat peruntukan lebih, pastikan guru-gurunya gaji cukup, kebajikan pelajar terbela. Kalau kita sebahagian daripada gabungan, ia mungkin boleh timbul masalah,” katanya.

Terdahulu, Pejuang mengumumkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, secara solo.

Jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti adalah yang tertinggi dalam kalangan parti pembangkang malah menyamai jumlah kerusi ditandingi Umno dengan kesemuanya melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNJohor: Pejuang tawar kerajaan penyayang kepada rakyat Johor, kata Mukhriz 😅

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium