BERITA BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan 'straight set'

[Video] BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan ‘straight set’

SKUAD badminton lelaki negara menyingkap tirai kempen peringkat Kumpulan B Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan langkah penuh bergaya apabila menewaskan Singapura 5-0 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Rabu.

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia menghadirkan mata pertama Malaysia apabila mudah menjinakkan pemain Singapura, Loh Kean Yew straight set 21-6, 21-14.

Kemenangan juara Seluruh England itu ke atas juara Kejuaraan Dunia dalam aksi pertama sekali gus menyamakan rekod pertemuan sebelum ini kepada 2-2.

Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tidak berdepan masalah menjinakkan Danny Chrisnanta-Koh Eng Keat 21-14, 21-12, sekali gus membolehkan Malaysia mendahului 2-0.

Bagaimanapun permain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong dipaksa bermandi peluh bagi meneruskan momentum positif pasukan apabila bangkit untuk mengatasi Jason Teh 17-21, 24-22, 21-19.

Gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin melebarkan kedudukan menjadi 4-0 apabila dengan mudah menjinakkan Hee Yong Kai-Kwek Jun Liang 21-10, 21-13 sebelum Leong Jun Hao melengkapkan kemenangan bergaya dengan mengatasi Koh Jia Wei 21-17, 22-20.

BACA juga

Malaysia ‘smash’ Jepun


 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Visi ECRL Najib Razak dan potensi Pelabuhan Kuantan mengubah landskap logistik serantau: Jambatan Darat Thailand bukan ancaman

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami