Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual - pakdin.my

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah, di sini, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire, ditemani sekumpulan individu lain.

Sementara itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

UTAMABERITAEbit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium