Pengawal keselamatan maut langgar pokok - pakdin.my

BUKIT BERUNTUNG: Pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Jalan Adenium, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa berusia 22 tahun terbabas sendiri lalu melanggar pokok di pembahagi jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

UTAMABERITAPengawal keselamatan maut langgar pokok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium