[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat - pakdin.my

BATU PAHAT – Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mengugut pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi 1 minit 22 saat itu tular di Facebook pada Isnin.

“Dalam video tersebut, penceramah telah meminta melanjutkan tempoh masa berkempen, namun tidak dibenarkan.

“Kemudian penceramah tersebut telah mengeluarkan ungkapan ‘Bila kita jadi kerajaan balik, korang tahulah nanti’ dalam bahasa Cina,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ceramah yang diadakan di bilik gerakan sebuah parti di Yong Peng, Batu Pahat itu bermula jam 8.30 malam berakhir pada jam 10 malam.

Tambahnya, ceramah berkenaan mempunyai permit polis dan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa pemantauan dilakukan.

“Susulan daripada itu juga pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam berkaitan video tersebut dan sedang menjalankan siasatan.

“Pihak polis juga menyeru kepada semua parti politik yang bertanding supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mematuhi arahan Pegawai Penguatkuasa yang bertugas bagi sama-sama membendung penularan wabak Covid-19,” ujarnya.


UTAMAPILIHAN RAYA #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium