Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAM Pembalakan punca runtuhan...

[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir - pakdin.my

KUALA TERENGGANU: Penduduk di beberapa kampung di Mukim Tersat mendakwa aktiviti pembalakan di Bukit Rasok berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud atau Empangan Kenyir antara punca berlakunya runtuhan tanah di struktur empangan.

Seorang penduduk, Ghazali Abd Rahman, 63, dari Kampung Jenagor, Kuala Berang berkata, aktiviti pembalakan di puncak Bukit Rasok, dihentikan sejak akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan berlakunya runtuhan tebing bukit sehingga kayu balak dan sisa balak turut terjatuh ke dalam tasik dan dihanyutkan arus.

“Akibat runtuhan tebing bukit menyebabkan kayu balak dan sisa hutan turut terjatuh dan dihanyutkan arus.

“Runtuhan tanah di sebelah kanan empangan Kenyir mungkin berpunca daripada pergerakan tanah berikutan hujan lebat berterusan sehingga Isnin lalu,” katanya kepada media di Kampung Jenagur, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Datuk Rozi Mamat Mendakwa Ratusan Ribu Batang Balak Dan Sisa Hutan Dihanyutkan Arus Di Beberapa Kawasan Sekitar Tasik Kenyir Sejak Isnin Lalu.

Rozi yang juga Ketua Umno Hulu Terengganu mendesak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku sejak Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, kejadian balak dan sisa hanyut berpunca daripada runtuhan tebing bukit itu menyebabkan penduduk di beberapa kampung di Mukim Tersat berada dalam kebimbangan, terutama membabitkan keselamatan.

Katanya, sejak balak dan sisa itu dihanyutkan arus ditularkan melalui pelbagai laman sosial, belum ada pihak yang bertanggungjawab tampil untuk menjelaskan situasi sebenar.

“Pihak yang bertanggungjawab diminta menerangkan keadaan sebenar mengenai runtuhan tanah di Empangan Kenyir dan tidak menyembunyikan fakta kepada masyarakat,” katanya.

BACA juga:
[Video] ‘Siasat segera ratusan ribu balak hanyut di Tasik Kenyir’

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838