[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan - pakdin.my

KUANTAN: Lima rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Beserah, di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan.

Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah malam.

“Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng bersama enam jentera terbabit dalam operasi pemadaman.

“Operasi pemadaman membabitkan lima rumah kedai yang mengalami kemusnahan 100 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 2.14 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 6.04 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium