#PRNJohor : Remaja perempuan patah tangan akibat bendera parti terlilit leher

PASIR GUDANG: Malang tidak berbau. Begitulah nasib seorang remaja perempuan berusia 17 tahun apabila patah pergelangan kedua tangan dan luka di leher selepas terjatuh dari motosikal akibat bendera parti sepanjang 30 meter di pasang di tepi jalan terlilit di lehernya.

Bapa mangsa, Md Shahril Mahmood, 43, berkata, kejadian berlaku pada jam 5.30 petang pada 2 Mac lalu di Kampung Cahaya Baru, di sini.

Katanya, ketika kejadian, anak sulung yang dikenali sebagai Najlaa, 17, dalam perjalanan pulang dari kedai ke kediaman keluarga terletak di Taman Kota Masai.

Dia berkata, ketika menggunakan laluan di perkampungan itu, bendera panjang yang dipasang di tepi laluan terlilit leher anaknya hingga mengakibatkan dia terjatuh daripada motosikal.

“Anak ketika itu menunggang motosikal berseorangan dan bendera parti dipasang di antara dua pokok terkena muka serta terlilit leher anak akibat angin kencang hingga menyebabkan kemalangan.

“Dia terjatuh dan patah kedua-dua pergelangan tangan selain lehernya juga mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Shahril berkata, anaknya mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar Hospital Sultan Ismail (HSI) dan akan menjalani rawatan susulan dalam tempoh terdekat.

Katanya, dia kecewa dengan pemasangan bendera parti berhampiran jalan raya tanpa mengira aspek keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya bukan memfitnah atau mahu menjatuhkan imej mana-mana pihak, namun saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang.

“Semua parti yang bertanding seharusnya mengambil kira soal keselamatan pengguna jalan raya terlebih dulu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Taman Scientex, Pasir Gudang pada 3 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2 Mac lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...