NASIONALAMTrafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer

Trafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer

Sebahagian siling dan sistem di Plaza Tol Taman Rimba Templer dari arah Kuala Selangor ke Selayang/Rawang mengalami gangguan berikutan hujan dan angin kencang pada Rabu.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dalam kenyataannya memaklumkan, aliran trafik ketika ini sesak berikutan kejadian terbabit.

“Sila patuhi arahan pegawai trafik di lokasi dan kesulitan amatlah dikesali,” kata kenyataan itu di Facebook LATAR pada Rabu.

Sementara itu, pada ruangan komen, LATAR memberitahu, empat lorong laluan tol kini sudah kembali pulih.

“Pihak LATAR sedang menjalankan kerja pembersihan. Kesabaran dan keprihatinan anda amatlah dihargai,” kata kenyataan itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami