Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah - pakdin.my

HULU SELANGOR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter yang menggambarkan seolah-olah tiada tindakan diambil pihak polis terhadap laporan dibuat individu terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, polis telah menerima satu laporan daripada wanita berusia 36 tahun tersebut di Balai Polis Serendah pada 15 Januari lalu mendakwa dirinya dicabul seorang lelaki dikenali.

“Mangsa memaklumkan pada 11 Januari sekitar jam 10 hingga 11 malam semasa mangsa bersama suami serta rakan mandi di sebuah kolam di Serendah, rakannya seorang lelaki tempatan telah mecabul mangsa.

“Suspek memeluk dan meraba kemaluan mangsa semasa mandi di kolam renang tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat berjaya menangkap suspek yang dipercayai melakukan jenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, suspek yang berusia 37 tahun didapati tiada rekod lampau dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini pada 4 Februari di bawah Seksyen 355 Kanun Keseksaan.

“Dengan tertuduhnya suspek ini pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes cabul ini,” ujarnya.

UTAMABERITAPolis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium