[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kit Siang, 81, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini.

Ahli politik berpengalaman itu turut mengumumkan persaraan dalam bidang politik dan tidak akan bertanding bagi pemilihan parti itu kali ini.

Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik.

“Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda.

“Saya juga tidak akan bertanding pada pilihan raya Parlimen atau negeri pada masa hadapan.

“Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun. Dua hari lalu adalah ulang tahun ke-56 parti kita.

“Selama ini, saya melihat bagaimana parti kita berkembang daripada sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam pilihan raya umum 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan.

“Parti kita juga mengambil alih kerajaan di tujuh negeri bersama rakan dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Kit Siang berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah peringatan penting bahawa impian untuk Malaysia menjadi negara bersatu padu, demokratik, adil dan berjaya serta dihormati masyarakat antarabangsa adalah perjuangan politik jangka panjang.

Dalam proses itu, tegasnya, parti menghadapi banyak kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan DAP perlu kekal dengan matlamat dan tidak sesekali berkompromi dari segi prinsip serta cita-cita.

“Kita mesti mencetus semula harapan dan keyakinan terhadap masa depan kerana sama ada kita dapat memutar semula trend kemerosotan negara kita sejak setengah abad ini, bergantung sepenuhnya kepada kita.

“Belum pernah lagi dalam sejarah DAP, semangat perpaduan, setia kawan, komitmen dan keazaman menjadi begitu penting dalam usaha kita merealisasikan impian Malaysia.

“Menjadi satu penghormatan buat saya selama ini kerana berpeluang bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang patriotik, sama ada di dalam atau di luar DAP untuk berganding bahu sepanjang perjalanan ke arah merealisasikan impian Malaysia kita bersama,” katanya.


Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...