BERITAKKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi

KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi

Satu protokol pengundian yang selamat membabitkan pemilih positif Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya sedang dibincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penularan Covid-19 akan kekal, justeru hak pengundi tidak sepatutnya dinafikan.

“Tetapi saya katakan kepada pegawai saya, Covid-19 akan kekal. Kalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, bermakna kita terus menafikan hak untuk berperlembagaan.

“Jadi, kita sedang memikirkan apakah cara paling selamat untuk mereka mengundi,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Khairy berkata, apa yang berlaku membabitkan seorang pengundi di pilihan raya negeri (PRN) Johor terdahulu mungkin boleh difahami berikutan belum ada protokol selamat disiapkan ketika itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami