Thursday, February 22, 2024

[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan- pakdin.my

KULAI: Pemandu trak pikap Ford Ranger yang memotong secara ‘zig-zag’ sehingga berlaku pelanggaran konvoi kereta mewah di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini, Jumaat lalu ditahan polis hari ini.

“Wanita itu direman tiga hari hingga 23 Mac ini selepas perintah reman daripada Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Semalam polis percaya tindakan pemandu trak pikap yang memotong secara berbahaya menjadi punca konvoi terbabit memberhentikan kenderaan mereka di tengah jalan Lebuh Raya Utara Selatan dalam kejadian pada 18 Mac lalu.

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 14 saat yang memaparkan beberapa kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya dan menghalang laluan kenderaan lain.

Dalam video itu juga mendakwa punca berlaku perselisihan faham disebabkan sikap pemandu trak pikap terbabit yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

UtamaBERITA Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR