Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu.

“Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi temubual bersama Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan malam tadi.

“Gerakan ini akan dibuat sama ada mereka berjawatan (dalam kerajaan) atau tidak. Jika jalankan bersama.”

Sementara itu, Muhyiddin berkata, meskipun PPBM disifatkan sebagai sebuah parti politik baru dan mempunyai beberapa kelemahan, ia tidak boleh dijadikan sebagai “alasan” apabila berdepan pilihan raya.

Oleh itu, katanya, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengukuhkan jentera, ahli dan logistik parti.

“Boleh saja kita gunakan dalih bahawa kita adalah parti baru, tetapi masa dan situasi tidak mengatakan kamu (PPBM) adalah parti baru, maka buatlah setakat yang mana yang mampu.

“Apabila berdepan pilihan raya, parti baru atau lama akan menghadapi undi.

“Saya sudah arahkan pengerusi biro latihan untuk adakan pusat latihan dan buat kursus supaya letakkan parti kita dalam keadaan sedia,” katanya.

Pada PRN Johor yang lalu, PN memenangi 3 daripada kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara BN berjaya mentadbir Johor selepas memenangi 40 kerusi DUN.

Dalam pada itu, berdasarkan prestasi pada PRN Melaka dan Johor, Muhyiddin berkata, peratusan pengundi ke arah PN dilihat memberangsangkan sekali gus menunjukkan potensi besar untuk gabungan politik itu terus berkembang pada masa hadapan.

Katanya, sokongan yang diperoleh itu jelas membuktikan pendirian PN yang berasaskan integriti menerima sokongan rakyat.

“Kedua-dua PRN Melaka dan Johor membuktikan PN ada potensi besar.

“Orang kata kita adalah naib johan – walaupun tiada makna untuk berada di kedudukan naib johan – tetapi boleh nampak peratusan sokongan itu ada,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...