UtamaNASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Pusat hiburan tawar...

[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Kegiatan sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) dengan bayaran sehingga RM1,000 terbongkar menerusi serbuan Jabatan Imigresen (JIM), semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya membuat serbuan di pusat hiburan itu kira-kira jam 10 malam tadi.

“Dalam serbuan itu, kami memeriksa seramai 100 individu yang berada di dalam pusat hiburan berkenaan membabitkan 79 individu tempatan serta 21 warga asing.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 25 individu terdiri 21 wanita warga asing serta empat warga tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus, juruwang serta penjaga premis.

“Seramai 21 wanita warga asing yang ditahan itu membabitkan 19 warga Thailand serta dua warga Vietnam berusia antara 23 hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan, malam tadi.

Khairul Dzaimee berkata, semakan dilakukan mendapati tiga wanita warga Vietnam yang ditahan adalah pemegang pas lawatan sosial serta isteri kepada individu tempatan dengan pas mereka masih lagi sah sehingga tahun depan.

“Bagaimanapun, risikan dilakukan mendapati mereka bekerja di pusat hiburan ini sebagai GRO. Selain itu, ada di antara wanita warga Thailand yang ditahan mempunyai pasport yang tidak ada cop masuk ke dalam negara.

“Ini mungkin berlaku sama ada ia adalah pasport daripada pejabat kedutaan kerana mereka sudah lama berada lama di Malaysia hingga dokumen itu tamat tempoh dan membuat permohonan baharu.

“Namun, ada juga kemungkinan mereka ini masuk melalui lorong tikus. Sebahagian besar daripada mereka yang ditahan didapati masuk ke negara ini sebelum pandemik Covid-19 dan memberi alasan tidak dapat pulang ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan mendapati pusat hiburan itu beroperasi secara sembunyi memandangkan aktiviti hiburan tidak dibenarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Dalam premis ini, ada pentas untuk mempamerkan GRO. Wanita berkenaan akan dipilih pelanggan yang mahu khidmat GRO menemani mereka.

“Pelanggan yang mahu khidmat wanita terbabit melayani mereka di tempat duduk akan dipakaikan dengan selempang dengan tanda harga antara RM100 hingga RM1,000.

“Bagi GRO yang menerima selempang pada harga RM1,000 dibenarkan membawa pulang wanita berkenaan satu malam,” katanya yang turut memaklumkan ada aktiviti karaoke di pusat hiburan terbabit.

Katanya, semua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...