[Video] Dua lelaki samun warga emas - pakdin.my

Jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini sememangnya merisaukan, Mana tidanya, kita tidak menyedari bila kita diperhatikan dan akan menjadi mangsa seterusnya.

Bukan itu sahaja, sikap yang tidak berperikemanusiaan yang ada pada penjenayah ini sememangnya menakutkan kerena mereka mampu mencederakan tanpa belas.

——————-

Dalam satu video tular di laman Facebook dimuat naik oleh Sukan Star TV memaparkan detik cemas seorang warga emas yang menjadi mangsa samun.

Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat dua orang lelaki datang menaiki motosikal sedang mengheret tangan seorang wanita di tengah jalan.

Dalam keadaan tergesa-gesa, dua lelaki berkenaan yang memakai topi keledar menyentap dan melarikan gelang tangan tersebut sambil disaksikan seorang wanita sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di kawasan Bandar Tun Razak Cheras.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram melihat dua penyamun tersebut yang tidak berhati perut. Malah, mereka turut berharap perlaku ditangkap dengan segera.

UTAMABERITA Dua lelaki samun warga emas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium