BERITAHadi pula dijangka bertemu Mahathir

Hadi pula dijangka bertemu Mahathir

Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah.

Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal.

“Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah.

“Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas Bersatu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Abdul Hadi sebelum itu mengesahkan sudah dimaklumkan oleh Muhyiddin mengenai pertemuan dengan bekas perdana menteri itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami