UtamaNASIONALNAHAS & BENCANA Empat maut, dua...

[Video] Empat maut, dua parah nahas empat kenderaan - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

KUALA NERUS – Tiga penumpang dan pemandu van maut manakala dua lagi parah dalam tragedi melibatkan empat kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru dekat Kampung Sungai Ikan, di sini pada petang Isnin.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.22 petang itu melibatkan sebuah van, bas ekspres dan dua kereta jenis Proton Wira dan Proton Persona.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36, Muhammad Saufi Jusoh, 38, Mohd Sahlan Mat Saat, 37, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

Saksi kejadian, Syakirah Baharin, 26, berkata, nahas itu berlaku ketika dia bersama 12 penumpang bas ekspres dari Temerloh, Pahang dalam perjalanan ke Jertih, Besut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, van dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Setiu itu dikatakan cuba memotong Proton Wira namun gagal sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Van berkenaan kemudiannya merempuh bas ini serta turut melibatkan dua kenderaan lain iaitu Proton Wira dan Proton Persona,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada malam Isnin.

Difahamkan, dua lagi mangsa iaitu pemandu Proton Wira, Muhammad Fazil Hussin, 33, serta seorang penumpang Proton Persona mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihak keselamatan mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari dalam van.

“Mayat empat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu jam 9.20 malam manakala dua mangsa yang cedera parah turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129