UtamaNASIONALAM PRU15: Waspada dengan...

[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan - pakdin.my

Sejak kebelakangan ini seakan ada pemimpin dalam parti-parti tertentu yang muncul kembali secara tiba-tiba, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Utama Tengku Adnan Mansor.

Menurut beliau walaupun sebelum ini rakyat sangat-sangat susah, tertekan dan terhimpit, segelintir pemimpin itu langsung tidak kelihatan, namun sekarang seakan ‘mati hidup semula’.

“Ini termasuklah menteri-menteri zaman PH yang penuh kesumat, zaman PN ikut suka sendiri malah dalam kerajaan Keluarga Malaysia sekarang pun menunggu MoU tamat?

“Persoalannya adakah pemimpin ‘mati hidup semula’ ini ada balik kerana cerita-cerita tentang Pilihan Raya Umum makin dekat,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Di samping itu, Tengku Adnan menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan ‘sesumpah’ menjelang pilihan raya.

“Maknanya, waktu nak pilihan raya timbul, lepas tu hilang berzaman tanpa ambil kisah rakyat yang undi mereka. Bila tiba nak dekat pilihan raya ada balik dan mula dengan pelbagai taktik bagi mengaburi mata rakyat.

“Saya ambil contoh situasi yang berlaku di Parlimen Putrajaya. Ada pemimpin parti bunga yang selama ini tak pernah nampak bayang mula buat agihan yang antaranya kurma dan kalendar.

“Pelik bin ajaib,” ujarnya lagi.

Katanya, amalan memberi di sepanjang Bulan Ramadan ini memang baik, namun persoalannya mengapa ianya dilakukan kini sedangkan dari zaman kerajaan PH pada tahun 2018 dan kemudian PN, tak ada nampak pun batang hidung apatah lagi nak berikan bantuan pada rakyat.

“Tahun-tahun sebelumnya tak ada pun sesiapa muncul berikan apa-apa malah tahun lepas waktu Ramadan juga semua rakyat berada dalam pandemik Covid-19 tapi tak ada pun mana-mana pemimpin waima PPBM yang ketuanya adalah PM hulur bantuan.

“Jadi, tak mustahil perkara sedemikian berlaku di semua tempat dalam negara kita. Pemimpin politik ‘sesumpah’ yang ‘mati hidup semula’ akan ada dimana-mana,” katanya.

Oleh yang demikian, Ku Nan memohon agar rakyat lebih berwaspada dan jangan tertipu lagi dengan agenda retorik dan bukan niat ikhlas untuk bersama rakyat.

“Sungguh… taktik dan modus operandi parti-parti politik yang mula menabur macam-macam kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum PRU-14. Ayat-ayat manis dan pemberian ‘gula-gula’ menjadi pemancing undi.

“Saya dah melalui masa-masa sukar dalam pembangkang, ditekan dan dihimpit malah tak ada bantuan apa-apa diberikan namun sedaya upaya saya lakukan demi keluarga besar saya komuniti Putrajaya dengan menyalurkan bantuan prihatin.

Katanya, pemberian yang dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya di bawah kendalian beliau tidak pernah terhenti.

“Saya sentiasa usahakan bantuan dalam apa juga keadaan sekalipun saya ditekan dan dihimpit berdepan pendakwaan, turun naik mahkamah namun rakyat yang jadi tanggungjawab saya tak sesekali saya abaikan.

“Lebih dari itu sumbangan kepada rakyat dilaksana yang dilakukan dalam pelbagai bentuk, dari segi perjuangan kemudahan asas hinggalah kepada sumbangan barangan dapur; beras, susu, biskut, roti, minyak, makanan dalam tin selain ikan, ayam beku, daging burger dan lain-lain lagi.

“Begitu juga dalam bulan Ramadan, Program Maidatul Rahman Nur Ramadan telah menjadi tradisi di Putrajaya, tetap berjalan dari saya dalam kerajaan dan kemudian bergelar pembangkang malah bukan hanya kurma sahaja tetapi ada juga serunding dan kentang goreng,” tambahnya.

Selain itu, Ku Nan berharap dengan apa yang berlaku, rakyat boleh menilai semula antara PH, PN yang kedua-duanya ada PPBM berbanding dengan BN yang tetap teguh ‘kata dikota, janji dilaksana’.

“Cukuplah sekali dan jangan sampai ‘pisang berbuah dua kali’,” katanya.

Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor
https://web.facebook.com/officialkunan/posts/522798099250918

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s