[VIDEO] Pesawat kargo DHL patah dua semasa mendarat cemas

SAN JOSE, Costa Rica – Sebuah pesawat kargo DHL  dalam perjalanan ke Guatemala yang mengalami masalah hidraulik,  terbabas ketika melakukan pendaratan cemas, laporan akhbar Daily Mail.

Penerbangan D07216 itu  terbang dari San Jose ke Bandar Guatemala semalam, namun  terpaksa berpatah balik kira-kira sejam selepas berlepas dan mendarat semula di Lapangan Terbang Juan Santamaria sekitar 10.30 pagi (waktu tempatan).

Semasa mendarat, pesawat berusia 22 tahun yang dilaporkan membawa bahan berbahaya itu terbabas sebelum membelok tajam ke arah kanan.

Kepulan asap keluar dari bawah tayar sebelum kapal terbang itu berhenti di kawasan  tidak rata dengan percikan api keluar pada  hujung ekornya.

Krunya hilang kawalan ke atas pesawat DHL tersebut semasa pendaratan cemas selepas  kedua-dua topang gear runtuh.

Topang gear adalah mekanisme yang menanggung beban pendaratan.

Rakaman video menunjukkan sebahagian badan pesawat terputus,  manakala jentera  bomba pantas menyembur buih ke atasnya.

Dua anak kapal yang berada dalam pesawat dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penerbangan selama 51 minit itu  mencapai ketinggian maksimum 6,400 meter (21,000 kaki)  sebelum berpatah balik kembali ke San Jose. – Agensi

 

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...