Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Dua individu dipercayai pelancong asing didapati menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusat bandar Kuala Terengganu di sini.

Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam di sini sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu.

Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang.

Katanya, bahagian Jawatankuasa Dakwah dan Pelaksanaan Syariah akan menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada ia pertama kali atau pernah berlaku sebelum ini.

“Kita kesal dengan apa yang berlalu kerana ia telah mencemar imej negeri Terengganu. Kerajaan tidak akan membiarkan ia berleluasa.

“Kita akan kenal pasti latar belakang individu itu sama ada mereka merupakan pelancong yang pernah sampai atau belum pernah ke Terengganu.

“Jika pelaku merupakan pelancong asing dan tidak tahu peraturan, kerajaan negeri akan menguatkuasakan garis panduan agar mereka ini mendapat maklumat yang jelas apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, garis panduan mengenai sensitiviti masyarakat negeri ini telah lama dikuatkuasakan termasuk terhadap pelancong asing yang mengunjungi kawasan peranginan di Terengganu.

“Pelancong asing di pulau-pulau dinasihati mematuhi garis panduan sedia ada iaitu tidak boleh memakai pakaian tidak sopan atau berbikini di tempat terbuka atau di lokasi awam.

“Saya rasa perkara ini sudah dijelaskan secara menyeluruh dan sudah lama dipraktikkan dan diketahui umum. Sebagai pelancong mereka sepatutnya sensitif terhadap perkara ini,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...