[Video] Pemandu selamat, lori terbakar - pakdin.my

KOTA BELUD: Lelaki nyaris rentung apabila lori 10 tan membawa muatan pasir dipandunya terbakar di Jalan Tenghilan-Kota Belud berhampiran Bukit Kelawat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari, pemandu berusia 40-an terbabit sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kepulan asap hitam keluar dari bahagian hadapan lori.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari.

Menurutnya, sembilan anggota termasuk empat pegawai bomba bantuan (PBB) dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan operasi memadam api dan kebakaran itu mengakibatkan bahagian hadapan lori berkenaan musnah 100 peratus.

“Pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan api berjaya dikawal pada 1.30 tengah hari,” katanya.

Katanya, setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

UTAMABERITA Pemandu selamat, lori terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium