[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya

NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) — Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, tahanan yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Sebaik berlaku kemalangan sehingga menyebabkan enam warga asing tersebut maut, sekumpulan 229 warga asing yang melarikan diri ke lebuh raya itu mengambil keputusan untuk tidak melintas lebuh raya tersebut kerana bimbang turut terlibat dalam kemalangan.

“Mereka bertindak menyusuri tepi jalan (lebuh raya) itu. Mereka sendiri tidak tahu ke mana destinasi yang mahu dituju sebaik melarikan diri dari depot tersebut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata orang ramai yang menyedari kejadian itu telah menghubungi polis dan polis menahan semua warga asing itu yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga warga emas.

Terdahulu, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap yang terletak di Jalan Besar Relau dekat sini melarikan diri dari depot tersebut dalam kejadian awal pagi hari ini.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.30 pagi dan terus melancarkan operasi mengesan kesemua mereka yang meloloskan diri tersebut.

“Seramai 664 etnik Rohingya ditempatkan di situ dengan 528 daripadanya melarikan diri pagi tadi…kami berjaya tahan 229 warga asing di kawasan lebuh raya dan terdahulu seramai 88 orang yang melarikan diri itu telah berjaya ditahan oleh penduduk kampung dan Jabatan Imigresen di kawasan tidak jauh dari depot tersebut,” katanya.

Beliau berkata ketika ini polis Pulau Pinang melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan 205 tahanan lagi yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga warga emas dipercayai masuk ke negeri itu (Pulau Pinang) dari pusat tahanan (yang terletak di Jalan Besar Relau di Bandar Baharu di Kedah) untuk melarikan diri.

Menurutnya, pihak polis juga mengadakan sekatan jalan raya di susur-susur keluar dan masuk lebuh raya di negeri itu bagi mengesan saki-baki warga asing yang melarikan diri.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama sekumpulan anak muda yang membantu menyalurkan maklumat tentang keberadaan kumpulan warga asing yang melarikan diri itu ketika di lebuh raya.

“Dari segi siasatan, ia akan dijalankan oleh Polis Kontijen Kedah dan Ketua Polis Kedah akan memberikan laporan terperinci serta maklumat terkini mengenai perkembangan kes ini,” katanya.

Mohd Shuhaily turut meminta kerjasama daripada orang ramai agar membantu menyalurkan kepada pihak polis jika mempunyai maklumat atau melihat kehadiran warga asing tersebut di kawasan mereka.

 

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...