UtamaGAYA HIDUP Penyanyi Radhi OAG...

[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri - pakdin.my

Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya dalam satu kejadian di Kota Damansara  di sini, Selasa lalu.

Muhammad Radhi Razali, 45, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, pukul 2.29 petang, 19 April lalu di parkir sebuah kondominium di Kota Damansara di sini.

Penyanyi kumpulan rock alternatif itu tiba di pekarangan mahkamah pukul 8.53 pagi menaiki van polis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan penyanyi itu dibebaskan dengan jaminan  RM2,500 beserta syarat tambahan saksi-saksi tidak diganggu sepanjang perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husin menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pengadu kes tidak diganggu.

Bagaimanapun, peguam Haziq Aizuddin Subhi yang mewakili Muhammad Radhi memohon jaminan yang rendah kerana jumlah yang ditawarkan itu tinggi untuk dijelaskan oleh anak guamnya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Peguam bela berkata, jaminan yang tinggi akan menyukarkan tertuduh untuk memelihara anak-anak yang masih kecil yang kini di bawah jagaannya.

“Saya percaya tertuduh akan memberikan kerjasama yang baik,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan polis menahan penyanyi itu di kediamannya Selasa lalu selepas mangsa  membuat laporan pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelaki mereka daripada suspek di kawasan parkir kediaman bekas suaminya pada 2.29 petang.

Bagaimanapun, menurut beliau, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

“Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Fakhrudin, hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

Pada Julai 2019, Radhi sah bercerai talak satu dengan Nur Shahira Ayu di Mahkamah Rendah Syariah. Mereka mempunyai dua orang anak.

Sebelum itu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan dengan Shazlin, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...