Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAM Orang ramai tidak...

[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka - pakdin.my

RANTAU PANJANG – Pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini pada Khamis (5 Mei 2022) lengang gara-gara orang ramai tidak mengetahui perkhabaran itu.

Tinjauan di ICQS Rantau Panjang mendapati lokasi itu lengang dan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang hadir untuk membuat pas sempadan untuk ke negara jiran.

Pembukaan sempadan darat itu merupakan kali pertama melibatkan kawasan di negeri ini sejak Covid-19.

Saodah Yassin, 43, berkata, beliau mengetahui tentang berita berhubung pembukaan sempadan itu ketika sedang membeli makanan di kedai kopi di pekan Rantau Panjang.

“Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu pintu sempadan sudah dibuka hari ini (Khamis) kerana tiada sebarang pengumuman dibuat.

“Tanpa berlengah saya terus datang ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat pas sempadan,” katanya.

Menurutnya, selepas selesai beliau mahu ke Golok, Thailand untuk bertemu sanak-saudara bagi meraikan Aidilfitri.

Katanya, pembukaan itu memudahkan lagi urusannya untuk bertemu sanak-saudara selepas ini.

Sementara itu, Tan Eng Seng, 25, berkata, sebaik mengetahui perkara itu daripada kawan-kawan, beliau terus ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat pas sempadan.

“Sebaik sahaja siap, saya terus ke Golok untuk membeli-belah. Inilah saat-saat yang dinantikan oleh saya sebagai penduduk di sempadan.

“Selepas ini, bolehlah saya ke Golok untuk membeli makanan yang sedap-sedap di sana,” katanya.

Selain ICQS Rantau Panjang, pintu sempadan di Pengkalan Kubor (Tumpat) dan Bukit Bunga (Jeli) turut dibuka.

————–

PERINGATAN PENTING UNTUK KE THAILAND:

  1. Insuran COVID-19 – Perlu passport sebab premium dikira dari segi umur dan tempoh (contohnya umur 38, 5 hari – RM70). Insurans COVID-19 boleh beli secara harian dan berkelompok untuk lebih jimat.
  2. Thai Pass – RM20 /orang
  3. Insuran Wajib motosikal RM50 (3 bulan). Short term voluntary 3, 6, dan setahun motosikal boleh mengikut CC. Harga dari RM205
  4. Insurance Kereta – ada voluntary seminggu, 2 minggu, 3 minggu, sebulan. Dari harga RM150 hingga setahun RM450.
  5. White Card, TM2, 3 – RM5 seorang
  6. Bagi pemegang Border Pass tidak perlu insurance COVID-19. Hanya Insurance kenderaan sahaja.

APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN ?

  1. Passport @ Border Pass
  2. Sijil Vaksin di download dari MySejahtera
  3. Salinan geran kenderaan

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805