Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALJENAYAH / MAHKAMAH 'Rempit' untuk isi...

[Video] ‘Rempit’ untuk isi masa lapang - pakdin.my

Bayan Lepas: Tiada aktiviti lain untuk dilakukan antara alasan yang diberi remaja ketika ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, awal pagi.

Remaja berusia 16 tahun itu juga memberitahu keluarganya tidak tahu dia keluar rumah untuk ‘main motosikal’.

Selain pelajar Tingkatan Empat terbabit, pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang turut menahan penuntut kolej kerana melakukan aksi sama, antaranya ‘superman’, ‘zig-zag’ dan ‘wheelie’.

Ketua JSPT Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zokapli berkata, operasi bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi itu memeriksa 50 motosikal dengan kebanyakan kenderaan diubah suai di bahagian enjin dan ekzos.

“Operasi dibuat kerana kita menerima aduan orang ramai mengenai kenderaan yang diubah suai dan mengeluarkan bunyi bising.

“Mereka kerap melakukan kegiatan rempit pada malam minggu dan cuti am di sekitar lebuh raya dan Pantai Seagate,” katanya di sini, hari ini.

Zafri berkata, semua motosikal melanggar peraturan disita, manakala dua pemandu kereta diambil tindakan kerana memandu tanpa lesen.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 25 tahun dan sebanyak 150 saman pelbagai kesalahan turut dikeluarkan,” katanya yang memberitahu semua kenderaan disita dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihati anak muda supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674