[Video] Nelayan Kemboja tangkap pari gergasi 180 kg #pakdin.my

Ikan pari gergasi air tawar betina yang ditangkap sekumpulan nelayan Kemboja 4 Mei lalu, dilepaskan semula ke dalam air.

Raksasa air tawar betina seberat 180 kilogram itu adalah spesis terbesar dan jarang ditemui di Asia Tenggara, ditangkap secara tidak sengaja minggu lalu di daerah Stung Treng.

Sepasukan pakar antarabangsa dalam projek Wonders of Mekong, bekerjasama dengan nelayan untuk menimbang dan mengukur sebelum melepaskannya semula.

Sungai Mekong menjadi habitat kepada 1,000 spesis ikan, dan pari bukan satu-satunya haiwan gergasi yang berada di perairan itu.

Sungai itu turut dihuni ikan keli dan barb gergasi sepanjang tiga meter dengan berat 270 kilogram.

Pencinta alam sekitar sudah lama menyuarakan kebimbangan mengenai pembinaan empangan di sepanjang Sungai Mekong yang akan memusnahkan bekalan ikan.

@pakdin.my[Video] Nelayan Kemboja tangkap pari gergasi 180 kg. Selanjutnya di: https://pakdin.my/158437

♬ original sound – PakDin.my

Berkaitan