BERITA Hujan dengan angin kencang landa Aceh Besar dan Banda Aceh

[Video] Hujan dengan angin kencang landa Aceh Besar dan Banda Aceh

Hujan disertai angin kencang terjadi di kota Banda Aceh dan Aceh Besar, Ahad (29/5/2022). Akibatnya, banyak dahan pokok dan beberapa kanopi kedai penduduk runtuh.

Dari pemerhatian, kebanyakan kanopi kedai penduduk rosak akibat angin kencang. Bukan itu sahaja, beberapa zink dan papan tanda terjatuh ke tengah jalan.

Hujan dan angin kencang berlarutan selama kira-kira 30 minit. Selepas angin dan hujan reda, penduduk membersihkan sendiri saki baki pokok tumbang dan membaiki zink serta bumbung rumah yang diterbangkan angin.

Di lokasi berbeza, beberapa gerai dagangan rakyat di kawasan Simpang Dodik juga kelihatan bersepah. Sejumlah khemah peniaga terbang.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami