Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

  • Mangsa memberitahu keluarga berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki.
  • Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar.
  • Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

TUMPAT: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam.

Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas jam 11 malam remaja itu masih belum pulang.

“Sebaik berjaya dihubungi ahli keluarga, mangsa memberitahu berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki.

“Ahli keluarganya bergegas ke lokasi dan ketika memeriksa bilik di premis terbabit, mereka terdengar suara mangsa dari sebuah bilik yang mana seorang lelaki sedang tidur di hadapan bilik terbabit.

“Selepas beberapa minit diketuk, pintu bilik itu dibuka dan pengadu mendapati mangsa berada bersama dua lelaki,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Amran berkata, ketika sedang menyoal tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu, seorang daripadanya melarikan diri selepas berlaku pergelutan dan hasil rakaman percakapan, mangsa dipaksa masuk ke dalam bilik malah ketiga-tiga suspek enggan menghantarnya pulang ke rumah.

Katanya, mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan hasil pemeriksaan yang dibuat, terdapat kesan koyakan lama akibat objek tumpul.

“Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu pada awal Mei tahun ini.

“Dua suspek itu ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 16 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...