UtamaNASIONALBORNEO Tragedi 15 rumah...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 9 malam.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Jurucakap JBPM Sabah ketika dihubungi pula berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.38 malam.

“Seramai 28 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta Kota Kinabalu terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) hilang keperluan pengajian termasuk komputer riba dan mesin cetak selepas kediaman keluarganya terbakar di Kampung Contoh, Petagas, di sini semalam.

Dalam kebakaran 9 malam itu, 15 rumah termasuk rumah keluarga Mimi Hasleyanie Masari, 22, musnah menyebabkan 76 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Mimi Hasleyanie berkata, kebakaran itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke asramanya di Tuaran.

“Ketika kami berada di Manggatal, tiba-tiba dapat panggilan daripada adik memberitahu rumah terbakar.

“Kami terus berpatah balik dan dalam masa yang sama, mengarahkan mereka yang berada di rumah supaya keluar segera untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini, hari ini.

Ibunya, Hasrani Harun, 44, berkata, tiada apa yang dapat diselamatkan mereka memandangkan rumah mereka hangus sepenuhnya.

“Semua keperluan persekolahan dan wang tabungan anak-anak selain barang kemas tidak sempat diselamatkan.

“Tetapi saya tetap bersyukur, semua ahli keluarga, anak-anak, bapa saya yang sudah berusia dan suami selamat,” katanya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya sedang meneliti bantuan yang sesuai yang akan disalurkan kepada mangsa kebakaran.

Katanya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka yang setakat ini menempatkan enam keluarga, manakala beberapa keluarga lagi tinggal di tapak kebakaran dan menumpang di rumah keluarga terdekat.

“Kita akan dapatkan butiran lanjut untuk bantuan yang sesuai mengikut kriteria, sama ada mungkin menerusi bantuan perumahan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika meninjau lokasi kebakaran.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129