[VIDEO] Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu - pakdin.my

  • Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
  • Mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi.

BALING: Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada 11.55 pagi tadi.

Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi.

“Mayat mangsa ketiga turut ditemukan di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat.

“Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini,” katanya.

https://youtu.be/vcz8gCZpVns

BACA Juga:
[VIDEO] Penduduk di Baling terkejut kawasan kampung dilanda banjir, beberapa rumah ranap
https://pakdin.my/159500

[VIDEO] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan
https://pakdin.my/159504/

UTAMABERITA Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium