Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Bunuh ibu sendiri,...

[VIDEO] Bunuh ibu sendiri, dengar bisikan punca anak tikam leher mangsa - pakdin.my

  • Suspek mendakwa dia mendengar satu bisikan memintanya membunuh ibunya.
  • Bisikan yang menyuruh membunuh ibunya kerana menyembah berhala
  • Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 5/7/2020, pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur.
  • Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

MELAKA: Kejadian seorang wanita berusia 69 tahun dibunuh anak sendiri di rumah mereka di Kampung Paya Luboh di Tangga Batu, di sini petang tadi, menggemparkan negara.

Pelbagai persepsi juga menyusul dalam mengandaikan punca kejadian berkenaan, sama ada ia mempunyai kaitan dengan dadah atau tekanan mental.

Namun, hasil siasatan awal polis mendapati, suspek mendakwa dia mendengar satu bisikan memintanya membunuh wanita terbabit, kononnya kerana mangsa menyembah berhala.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata mangsa dikatakan baru selesai mandi sebelum kejadian berkenaan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidurnya di bahagian belakang kediaman dan siasatan oleh pasukan forensik menemui dua kesan tikaman pada bahagian kanan dan kiri leher.

“Suspek dalam keadaan normal dan boleh bercakap. Ketika ditanya, suspek mengatakan dia menikam ibunya selepas mendengar satu bisikan yang menyuruh membunuh ibunya kerana menyembah berhala dan atas sebab itu, lelaki terbabit masuk ke dalam bilik dan menikam leher mangsa,” katanya hari ini.

Zainol berkata, selepas menikam leher ibunya, suspek memberikan pisau sayur sepanjang kira-kira 26 sentimeter kepada wanita itu yang kemudian sempat membuang senjata berkenaan melalui tingkap dan dijumpai polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi, pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik kepada suspek berusia 38 tahun terbabit.

Zainol berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 3.05 petang mengatakan terdapat pergaduhan sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian dan dengan bantuan penduduk, anak sulung daripada lima beradik itu berjaya ditangkap.

Katanya, ketika kejadian, terdapat tiga penghuni di rumah terbabit termasuk mangsa dan difahamkan sebelum itu, wanita berkenaan hanya tinggal berdua bersama suspek yang juga seorang duda dan mendapat rawatan psikiatrik di Hospital Melaka sejak empat tahun lalu.

Beliau memaklumkan, suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan polis akan melakukan ujian saringan air kencing bagi mengesan sama ada dia di bawah pengaruh bahan terlarang itu ketika kejadian berkenaan.

“Esok suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674