Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah - pakdin.my

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam.

Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine.

Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka merupakan anak kepada bekar pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan tangkapan itu.

UTAMABERITABekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium