NASIONALJENAYAH / MAHKAMAHBekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung

Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung

  • Selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya.
  •  Tidak berapa lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ahli perniagaan mati ditembak dengan tiga das tembakan selepas pulang bermain mahjung di rumah rakannya di kawasan perumahan elit di Jalan Desa Kiara 1 di sini awal pagi Selasa (12/7/2022).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan melaporkan berkenaan kejadian itu pada jam 12.09 tengah malam.

Menurutnya, selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya yang diparkir di luar kawasan perumahan tersebut.

“Seorang saksi di tempat kejadian mengatakan telah terlihat mangsa melintas di hadapannya untuk ke tempat letak kereta. Tidak berapa lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta.

“Saksi berkenaan pergi ke arah mangsa dan mendapati warga emas terbabit sudah terbaring di sebelah kenderaannya dalam keadaan berlumuran darah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Amihizam berkata, hasil semakan mendapati mangsa yang telah bersara itu tidak mempunyai rekod jenayah dan menyara diri menggunakan hasil daripada perniagaan lampau.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.

Katanya, sebarang maklumat berkenaan kejadian di atas boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222; Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-2115 9999 atau mana-mana balai berhampiran.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami