Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022) - pakdin.my

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), keadaan tersebut yang dijangka berlaku sehingga 25 Julai ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir di kawasan terlibat.

“Pembentukan awan ribut petir berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

UTAMABERITAAMRibut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium