Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIK Azhar ‘silap’, Muhyiddin...

[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang - pakdin.my

  • Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri.
  • Saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri
  • Pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan, antara rekod terburuk dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19

Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun bahawa Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri.

“Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri.

“Saya tahu perkara ini kerana Muhyiddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP bagi menjadi perdana menteri pada Julai 2016.

“Tetapi saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Lim mengulas ucapan Azhar pada pelancaran buku “Muhyiddin Yassin: Leading a Nation in Unprecedented Crisis” oleh Abdul Mutalib Razak di mana beliau menyifatkan perdana menteri kelapan itu sebagai “reformis yang tidak diendahkan”.

Azhar berkata ramai yang memilih untuk mengabaikan perkara itu, atas apa jua sebab yang mereka ada, sambil menambah bahawa beliau tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri.

Untuk itu, Lim bertanya sama ada Muhyiddin adalah “reformis tersembunyi yang tidak pernah menunjukkan dirinya”, kerana beliau berkata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan lebih diingati atas kegagalannya.

Katanya, antaranya ialah Langkah Sheraton (yang merompak mandat rakyat pada pilihan raya umum yang lalu), pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan, mempunyai antara rekod terburuk dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19, mempunyai Kabinet gergasi terbesar dengan 32 orang menteri, 38 orang timbalan menteri, dan empat orang duta khas bertaraf menteri.

“Peningkatan mendadak kes dan kematian akibat Covid-19 sejak daripada pengumuman darurat ini menunjukkan yang darurat yang telah menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini adalah ubat yang salah kepada pandemik Covid-19, malah merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh pihak Eksekutif,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, kehidupan politik Muhyiddin yang berakhir sebagai perdana menteri kelapan dengan tempoh berkhidmat terpendek selama 17 bulan ini mempunyai satu faktor penyelamat.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883