[VIDEO] Myvi terbalik dilanggar ketika masuk simpang - pakdin.my

KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu memasuki simpang menyebabkan sebuah kereta lain jenis Perodua Myvi terbalik di Jalan Pusara, Kampung Sawah, Banting di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kedua-dua pemandu berusia 29 dan 30 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 30 saat yang dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang melalui lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan ke Kampung Sungai Buaya dari Pulau Carey.

Katanya, kereta itu didapati memotong beberapa kenderaan dengan mempunyai simpang kanan di hadapannya.

Instagram will load in the frontend.

“Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang hendak memasuki simpang kanan kemudiannya telah dilanggar Toyota Vios tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, Perodua Myvi berkenaan terbalik dengan kedua-dua pemandu mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Rule 5(2)A LN 166/59 kerana cuai semasa memotong di simpang hingga menyebabkan kemalangan.

UTAMABERITA Myvi terbalik dilanggar ketika masuk simpang

Kongsi Berita

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium