Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALNAHAS & BENCANA Ribut terbangkan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia - pakdin.my

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022.

Keadaan itu menimbulkan suasana cemas dalam kalangan pengunjung serta peserta program terbabit, dengan beberapa khemah turut diterbangkan angin, selain satu khemah bersaiz besar turut ranap.

Ribut yang berlaku kira-kira jam 7:00 malam itu turut menyebabkan pengunjung lari mencari kawasan perlindungan selamat bagi mengelak sebarang kecederaan.

Difahamkan, persembahan dikir barat yang menjadi acara kemuncak program di Pantai Geting itu juga terpaksa dibatalkan, malah beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal yang sepatutnya diumumkan malam ini turut tergendala.

Seorang peniaga air, Wan Sapiah Wan Yusoff, 43, berkata selepas menyedari cuaca tiba-tiba berubah menjadi kelam dan mendung seolah-olah hendak hujan, dia segera mengemas semua peralatan menjual air balangnya.

“Saya segera kemaskan barang kerana risau melihatkan awan hitam yang luar biasa kerana bimbang akan berlaku ribut kencang.

“Sebaik selesai mengemas, kepala angin datang dari arah pantai menuju daratan dan menerbangkan semua termasuk khemah yang terpasang.

“Keadaan menjadi huru-hara kerana orang ramai panik sambil berlari menyelamatkan diri dan nasib baik ketika itu pengunjung sudah tidak ramai,” katanya ketika dihubungi.

Wan Sapiah berkata, ribut kencang disusuli dengan hujan lebat itu berlaku hampir setengah jam sebelum keadaan kembali tenang.

Katanya, sejurus itu, kelihatan petugas program dan pekerja yang berkaitan segera mengemas segala peralatan termasuk menanggalkan khemah walaupun sudah koyak.

Seorang pengunjung yang ingin dikenali Aizat, 30, berkata, ketika kejadian dia dan isteri serta anak mereka berjalan ke kereta kerana ingin pulang selepas beriadah di pantai itu.

“Melihatkan keadaan awan yang mendung seakan ingin hujan, kami segera bersiap untuk pulang dan ketika hampir tiba di kereta, angin kuat datang tiba-tiba dan situasi nampak kelam kabut.

“Kami terus masuk ke dalam kereta, namun tidak berani meneruskan perjalanan kerana risau ditimpa pokok atau sebagainya sebaliknya terus menunggu sehingga keadaan perlahan-lahan reda,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, merasmikan Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat di kawasan pantai itu.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480