Lawatan Gawai Dayak @NajibRazak Terus Perkukuh Hubungan Sarawak-Persekutuan

Rumah Panjang Jana Sawing sibuk membuat persediaan menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sampena sambutan Hari Gawai

JULAU,  — Lawatan Gawai Dayak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke dua rumah panjang di sini serta dewan komuniti di Betong Ahad akan terus memperkukuh hubungan erat yang terjalin antara masyarakat itu di Sarawak dan kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata lawatan Najib, yang diiringi Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan menyebabkan kaum Dayak berasa mereka bukan sekadar anggota parti komponen Barisan Nasional.

“Mereka akan berasa diri amat penting memandangkan pemimpin utama negara sanggup turun padang dan melawat mereka sempena sambutan Pesta Gawai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir bagi menyambut Najib, Taib dan rombongan ke majlis rumah terbuka Gawai anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Rh.Jana anak Saweng di sini.

Salang berkata sejak merdeka, masyarakat itu sentiasa menyokong kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau juga berkata tindakan Najib itu menunjukkan “beliau benar-benar antara pemimpin yang boleh disifatkan sebagai amat mesra rakyat.”

“Beliau bukan seorang pemimpin yang sekadar pandai bercakap malah membuktikannya dengan turun padang untuk melawat semua rakyat di seluruh negara tanpa mengira dari mana mereka berasal atau siapa mereka. Beliau benar-benar menyebarkan semangat 1Malaysia yang diilhamnya,” katanya.

Salang berkata kunjungan peribadi itu amat signifikan kerana komuniti rumah panjang sudah lama mempraktikkan intipati 1Malaysia kerana perkahwinan antara kaum di kalangan mereka adalah suatu perkara biasa.

Mengulas sama ada Najib bakal mengumumkan habuan Gawai kepada masyarakat itu, beliau berkata mereka tidak mengharapkan apa-apa.

“Kami sekadar meraikan perayaan Hari Gawai. Jika beliau amat bermurah hati untuk memberikan habuan, ia amat dialu-alukan oleh masyarakat Dayak,” katanya.

[gallery link=”fi

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...